Thursday, 4 June 2009

Usang...

Beberapa perkara yang tidak dapat diusahakan apabila aku ke Sabah ialah barang-barang yang merupakan aset yang paling aku sayangi namun ianya tidak dapat dibawa bersama. PC dan motor kesayangan aku. Huhuhu... Benda-benda memang tidak dapat dipisahkan dalam hidup aku semenjak aku memilikinya namun ianya terpaksa ditinggalkan di rumah. Bak kata pepatah 'sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan'. Maka, PC dan motor aku terpaksalah aku tinggal-tinggalkan dek kerana sayangnya terhadap benda-benda itu. Hehe..

Kesempatan balik ke kampung kali ni, aku cuba hidupkan semula PC kesayangan aku yang lebih setahun tidak dihidupkan. Manakan tidak, sejak aku mendaftarkan diri di IPRM (kini dikenali sebagai IPGM kampus Raja Melewar) pada Januari 2008, sejak itulah aku tidak pernah hidupkan PC aku tu. Semalam aku cuba hidupkan buat kali pertamanya dan alhamdulillah masih power seperti dulu. Kenapa aku sibuk hidupkan PC aku ni? Dek kerana nak pasang streamyx di rumah. Hmmm... Buat masa ini terpaksalah diletakkan ditempat yang biasa-biasa je disebabkan rumah sedang renovate. Ianya hanya diletakkan di bilik bacaan yang dah diibaratkan sebagai stor sementara. Tengoklah apa yang ada pada PC aku ni.

PC yang dilengkapi dengan monitor LCD 17" daripada BenQ dan sound system siap subwoofer daripada Sonic Gear. Spec dalamannya tak usah cerita la.. hehehe..

p/s: Motor aku tak diletakkan gambarnya sebab malu seh dah ada sticker P adik aku yang tampal untuk memudahkan dia pergi ke sekolah. Cukuplah sekadar aku menyatakan model Honda Wave 125. Huhuhu... Sayang banget sama benda-benda ni..

0 comments: