Gelombang Facebook...
Sebut je pasal Facebook, siapa yang tak kenal? Mesti ramai di kalangan pembaca entri ni masing-masing sudah pun mempunyai akaun facebook masing-masing. Gelombang Facebook ni seakan-akan telah menggegarkan dunia maya sejak akhir-akhir ni. Asal dapat online je, sah-sah la Facebook menjadi salah satu agenda untuk dilawati selain daripada web-web lain. Sehinggakan beberapa syarikat handphone telah menyediakan 'built-in software' khusus untuk melayari Facebook ni di mana-mana saje melalui handphone.Melalui Facebook ni juga, pengguna-pengguna bukan setakat dapat menjejak kawan-kawan lama yang dah lama terpisah, malahan dapat menambah kenalan-kenalan baru. Belum cerita lagi pasal pengguna-pengguna Facebook yang melayari web ni semata-mata nak main game Farmville, Barn Buddies, Mafia Wars dan macam-macam lagi. Memang hangat la diperkatakan. Sehinggakan kalau pergi ke kenduri kahwin kawan atau jumpa kawan lama di kedai-kedai/shopping complex atau masa chatting di YM pun, tidak akan terlepas dengan soalan "Kau ada Facebook tak? Apa-apa hal bleh contact kat sana." Hohoho...
Tapi aku nak share sikit la kat semua orang yang membaca entri ni. Termasuk aku la kan.. Heheh..
Jadi? Perlukah kita semua umat Islam menutup saja akaun Facebook masing-masing? Semua orang mempunyai tujuan dan alasan tersendiri untuk berkata TIDAK.
Aku pun ada terbaca jugak artikel yang bertajuk FACEBOOK DARK SIDE - FAKTA YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI FACEBOOK (sila klik sini). Oh...sungguh mengerikan. Korang baca la dan nilaikan sendiri. Kita semua tak sedar tentang Terms of Service yang disediakan. Biasanya kalau kita register apa-apa akaun dalam internet, kita akan terus klik YES menandakan kita setuju je dengan syarat-syarat yang dikenakan. Sebenarnya kita semua ni malas nak baca. Kan? Termasuklah aku ni. Hehe.
Jadi? Amacam? Segala komen daripada semua pembaca entri ini amat-amatlah dialu-alukan. Heheh..



3 comments:
ui..akut..akut...pas ni nak delet akaun facebookersss la ni..
1:27 PMRmi juga yg on9 smpi kol 5.00 pagi la...( not me ) :D..hahaha...:P
1:58 PMmohd fareez:
5:47 PMhahah...ntah la.. perlu ke?
aeyyn:
siapa tu yg on9 smpai jam 5 pagi?
Post a Comment